Monday, April 7, 2008

Visa

Bertuahnya pelajar asing yang belajar di Malaysia, segala urusan untuk dapatkan visa amat mudah dan dapat secepat mungkin.

Ini kerana kerajan Malaysia mengalu-alukan kedatangan pelajar asing.

Untuk kawan-kawan ditanah air yang ada niat untuk sambung belajar di Syria ni, aku syorkan untuk kalian berlatih bersabar dulu dalam banyak hal, jangan cepat marah ( nanti cepat tua ), petua ni amat bagus.Bukan apa.Takut kalian tak mampu nak hadapinya.

Aku baru di beritakan oleh senior kuliah aku, merangkap pegawai sukarelawan jawazat ( bertauliah la kot ) yang aku tak dapat muwafaqah untuk dapatkan visa pelajar.

Rasa nak termuntah dengar berita ni.Apa tidaknya, berpenat lelah aku ke sana sini untuk urusan visa tapi apa yang aku dengar aku tak dapat muwafaqah dan perlu keluar seketika dari Syria ni.

Untuk keluar ke Negara jiran, aku perlu bajetkan duit aku, semestinya family aku perlu masukkan duit lebih bulan ni.Kesian mereka…..

Aku bertanya senior-senior aku yang lain.Ramai diantara mereka kata: Tak payah keluar lah.Tinggal haram pun tak apa kat sini, Cuma perlu berpantang sikit.

Aku tak puas hati….

Aku jumpa pegawai di bahagian visa tempat aku belajar,tanya tentang perkembangan aku ni.Katanya: " tak payah keluar,kalau perlu keluar nanti aku bagitahu".

Aku?Tersepit macam anjing.Sapa yang nak jadi kerbau tolong lepaskan aku ni…..

4 comments:

CerminDiri said...

salam kehidupan,

takpe....mengaji dulu, betulkan niat. insyaAllah ada jalan nanti.

azidul awfa said...

doakan semoga ditabahkan hati dalam menuntut ilmu n hadapi halangan yang mendatang.

SoalHati said...

kesiannya...shbt sy pun ada kata mmg dugaan skit nak masuk syria....apepun, doa selalu ye. moga dimudahkanNYA

hakim dirani said...

Saya pula bersyukur kerana dah dapt visa pelajar. syukur tuhan permudahkan urusan saya.

Saya juga Allah juga kana permudahkan urusan anda.