Sunday, December 9, 2007

11 PESANAN DARI LUQMANULHAKIM
Suatu ketika Luqmanulhakim berpesan kepada anak-anaknya......

1.Wahai anakku,ketahuilah,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,ramai yang telah karam di dalamnya.jika engkau ingin selamat,layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAQWA,isi nya adalah IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah...

2.Wahai anakku,orang yang berasa rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah,maka dia itu orang yang tawaduk,lebih dekat kepada Allah dan selalu menghindarkan diri dari maksiat.

3.Wahai anakku,seandainya ibu-bapa mu marah kepada mu kerana kesilapan yang dilakukan mu,maka marahnya ibu-bapa mu kepada mu itu bagaikan baja untuk tanam-tanaman.

4.Wahai anakku,ketahuilah,memindahkan batu-batu besar dari tempatnya itu lebih mudah dari mengajar orang yang tidak mahu di ajar.

5.Wahai anakku,apabila engkau mempunyai dua pilihan,menziarahi orang mati atau menghadari kenduri perkahwinan.Pilihlah muenziarahi orang mati kerana kerana ia akan mengingatkan mu kepada kampung akhirat,sedangkan menghadari kenduri perkahwinan hanya mengingatkan mu kepada kesenangan duniawi semata-mata.

6.Wahai anakku,janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan sahaja sesuatu makanan kerana pahitnya,kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

7.Wahai anakku,bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak pernah mengamalkanya,kerana ia tidak ubah seperti orang mencari kayu bakar,tetapi setelah banyak dia tidak mampu untuk memikulnya,padahal dia masih mahu mengumpulkannya.

8.Wahai anakku,bila mana kamu mahu mencari kawan sejati,maka ujilah dulu dengan berpura-pura membuat di marah.Jika dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan mu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.Jika tidak demikian maka berhati-hati lah.

9.Wahai anakku,jika engkau berteman maka tempatlah diri musebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu daripada mu.

10.Wahai anakku,bergaul rapatlah dengan ornag yang alim lagi berilmu.Perhatilah kata-kata nasihatnya kerana sejuklah hati ini mendengar nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya,bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

11.Wahai anakku,ambilah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,nafkahkanlah selebihnya sebagai bekalanmu di akhirat.Janganlah engkay tending dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti kamu akan jadi pengemis yang akan membebankan orang lain.sebaliknya janganlah engkau peluk dunia iniserta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.

No comments: