Saturday, October 27, 2007

Kuliah dah mula

“Salam….Kullu a’min wa antum bikhair.”Inilah serangkap ucapan yang selalu meniti di bibir pensyarah2 diawal sesi kelas yang baru je bermula.Salam ucapan sejahtera ini membuatkan aku seperti masih terpinga2 lagi,biar betul aku dah mula pengajian kat negara arab yang penuh barakah ini!!!!! Tapi inilah kenyataannya,kuliah aku dah bermula seminggu yang lepas…Alhamdulillah aku di terima masuk kuliah dakwah di mujamma’ sheikh ahmad kiftaro,setelah melalui dua kali ujian kemasukan iaitu ujian lisan dan bertulis.Ujiannya boleh tahan gak susah ngan soalan-soalan yang aku tak pernah belajar pun ada gak.Terpaksalah aku tinggalkan ………….faham-fahamje la ek,tapi yang lebih mencabarnya lagi,koata untuk rakyat malaysia diterima masuk di kuliah ni seciput je tapi yang datang untuk tasjil aku rasa berpuluh orang.Aku dah rasa macam tak ada peluang untuk bersaing dengan abang-abang yang dah lama sampai kat sini dan tentunya lebih expert dari aku.Dengan berkat doa dari kawan-kawan dan ibu-bapa kat tanah air nama aku tersenarai dalam golongan maqbulin….alhamdulillah….
Sekarang dengan semangat yang berkobar-kobar aku hadir di kelas,malkumlah masih awal tahun lagi,hehehe…yang lebih bersemangat tu sebab aku ingin cepat menguasai bahasa arab,rasa cemburu pun ada bila kawan-kawan dah dapat cakap arab lancar berbanding aku yang masih tersekat-sekat.
Cakap pasal pengalaman belajar ngan orang yang datang dari pelbagai negara ni tentulah seronok,macam-macam orang dapat kita kenal,ada dari afrika,negara barat,asia dan orang arab sendiri.kalo time pensyarah tak ada tu kira macam-macam bahasa boleh dengar,yang paling senyap budak-budak Malaysia la,kira baik la tak buat bising hehehe….
Inilah kelebihan berada di luar negara,mungkin tak dapat kita rasa kalo tak berkesempatan belajar di sini. Aku bersyukur dengan peluang yang dapat aku rasai. Semoga aku sentiasa di beri semangat dan kesihatan yang cukup sepanjang berada di sini untuk menimba ilmu sebagai bekalan bila balik tanah air nanti.

Thursday, October 4, 2007

Fahaman Sonsang

Islam adalah sebuah agama yang syumul,lengkap dan sempurna dari setiap sudut tanpa adanya cacat cela kerana ia adalah agama yang di turunkan dari langit oleh sang khaliq yang maha mengetahui.

Sejarah Islam berlalu dengan segala rencah cabaran di setiap zaman yang pastinya mencabar kewibawwan pendokongnya,bermula dari junjungan besar Muhammad S.AW. sehingalah hari ini ia tetap di cemburui dan dan di musuhi oleh orang berhati buta dari melihat cahaya kebenaran Islam.

Pelbagai versi kserangan telah di lancarkan musuh terhadap Islam semata-mata untuk melihat Islam berkubur dari muka bumi.Namun serangan mamp[u diatasi dengan baik walaupun sikit sebanyak dari penganut agama Islam masih lagi terleka dan hanyut mengikut arus serangan musuh tanpa di sedari atau sengaja mengundang kemarahan tuhan pencipta alam.

.Sebuah novel yang diberi nama “MARIA” karangan penulis terkemuka Turki iaitu Emine Senlikoglu,aku rasa ia amat menarik sekali untuk di baca kepada masyarakat umum.Menceritakan perihal seorang gadis eropah yang terkapai-kapai dalam mencari kebenaran agama,antara Ateis,Kristian dan keindahan Islam.

Pelbagai perihal dan fahaman dibentangkan oleh punulis di dalam novel tersebut.Apa yang menarik bagi aku adalah fahaman Ateis yang menafikan kepentingan beragama dan menganggap agama sebagai penyebab kepada kemunduran sesuatu bangsa atau nagara.Mereka memisahkan agama dari kehidupan seharian.

Dalam bab kaum wanita,mereka meletakkan kaum hawa ini di paras yang paling rendah dan dasyat untuk di terima oleh akal.Mereka beranggapan bahawa wanita boleh bersama dengan mana-mana lelaki yang dia kehendaki tetapi hatinya hendaklah diberi kepada seorang sahaja.

“Bersama” disini bukan sahaja dengan berbual kosong,hatta tubuh badan yang sepatutnya diberikan kepada suami tercinta sahaja juga dapat dikongsi dengan lelaki lain.Begitu juga sebaliknya,lelaki boleh bersama dengan wanita lain,yang penting hati tetap pada si “dia”.

Fahaman ini memang teruk untuk dinilai,kita bayangkan kecelaruan yang bakal berlaku kelak sekiranya diamalkan oleh seluruh manusia.Anak-anak yang tidak berdosa pasti menerima padah disebabkan perihal bapa dan ibu yang mereka tidak kenali.Kita tidak bincang tentang dosa, pahala,syurga dan neraka,tapi cukup untuk kita lihat dengan akal yang waras kita.

Adakah ini patut berlaku?
Dimana letaknya maruah seorang wanita?
Apakah ini fahaman yang betul?
Tentunya tidak betul……

Mereka mengatakan bahawa Islam mengamalkan “double standart” dan menganiayai wanita dalam banyak hal,tapi hakikatnya siapa yang lakukan sedemikian.Islam telah meletakkan wanita di tempat yang mulia,umpama sekuntum mawar yang sukar untuk di petik kerana di kelilingi oleh duri yang tentu akan menyocok jari-jari.Inilah Islam menjaga maruah kaum wanita khususnya.

Tetapi malangnya fahaman ini sedikit demi sedikit telah menular di kalangan anak-anak muda kita bangsa melayu secara senyap.Tanpa kita sedari ianya menular menjadi amalan yang di anggap baik untuk di amalkan.Atas dasar kebebasan mereka akan bersama dengan mana-mana lelaki sekiranya teman lelaki tiada di sisi.Mereka melakukan perkara yang sama apa yang mereka lakukan bersama teman lelaki mereka.

Kita bayangkan jika mereka sudah terlanjur dengan teman lelaki,sudah tentu mereka akan melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain sebagai mengisi masa lapang atau menghilangkan kebosanan.Teman lelakinya juga tidak dapat menafikan hak ini kerana atas dasar kebebasan,yang penting hati tetap bersama.

Kenyataan ini bukan satu pembohongan yang di reka cipta ,tetapi inilah hakikat yang terjadi kepada segelintir anak-anak muda kita,aku dapati perkembangan ini dari seorang teman di tanah air yang tidak tahan terhadap kerenah perangai kawan-kawannya.

Dimana letaknya maruah anak-anak muda kita,adakah mereka masih lagi waras untuk berfikir.Jika mereka waras sudah tentu mereka akan memikirkan akibat dari budaya sonsang ini.

Budaya “bercouple” sudah menjadi darah daging di kalangan anak-anak muda kita,sehingga tiada mungkin kita jumpa lelaki atau perempuan yang tiada pasangan.

Adakah fahaman ini juga mereka akan ikut tanpa berfikir baik dan buruk semata-mata kerana meniru budaya yang telah diciptakan oleh rakyat negara maju untuk menampakkan kita juga maju.
Adakah untuk mencapai tahap sebuah negara maju kita harus jual maruah dan amalkan apa yang direka oleh mereka walaupun budaya itu bertentangan dengan syariat dan fitrah seorang manusia.

Sedarlah kita bahawa fahaman ini dicipta oleh golongan Ateis yang sentiasa bencikan Islam.Mereka akan cuba sedaya mungkin untuk hancurkan umat pengikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

Sama-samalah kita fikir dan bertindak sekadar upaya kita untuk mengelakkan fahaman ini berleluasa menjadi amalan kepada anak-anak muda kita serta demi menjaga keamanan dunia yang telah di amanahkan oleh Allah kepada kita.

Tuesday, October 2, 2007

secebis harapan cuma


aku mulakan dengan Al-fatihah....amin....semoga kehadiran laman ini membawa seribu keberkatan kepada aku dan juga sahabat-sahabat yang melayari blog ini.......terima kasih kepada sahabat aku yang banyak memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat percuma.....thank you daun kelapa.......aku harap kita akan sama-sama mengambil manfaat diatas kalahiran aku di alam siber ini......segala apa yang ada di sini adalah untuk di kongsi bersama,segala ketaksiran yang berlaku haraplah di ampun serta aku perlukan tunjuk ajar dari kalian dari masa ke semasa......