Thursday, January 24, 2008

Kesimpulan yang tersimpul

Hari ni aku ke Pejabat Pos untuk mengambil surat2 yang dikirim oleh saudara mara pelajar dari Malaysia jika ad.Inilah rutin aku sejak sebulan yang lepas,aku diberi tugas menjaga P.O BOX persatuan.Dua kali sebulan aku akan ke sana.

Apabila dibuka aku dapati ada enam surat yang telah sampai semuanya dari Malaysia.Rasa berbaloi jugak aku datang hari ni,ada jugak surat yang sampai dan bukan balik dengan tangan kosong.

Selasai menghantar surat2 tersebut ke pejabat,aku balik dengan membawa sekaping surat untuk roommate aku yang aku ambik tadi,dari bungkusan yang agak besar aku agakkan isi dalamnya adalah majalah yang selalu di kirim oleh kawannya dari Malaysia.

Bila sampai di rumah,kawan aku terus menerpa dan bertanya jika ada surat untuk dia,aku hulurkan surat tersebut.mukanya ternyata ceria dengan surat yang diterima.Isi dalamnya tepat dengan sangkaan aku,dua naskhah majalah yang berbeza dikeluarkan dari sampul surat,lalu kami sama2 membaca.

Helaian demi helaian aku baca secara rambang dan aku tertarik untuk membaca tajuk “Saya tidak boleh lelapkan mata”yang berada agak belakang pada majalah tersebut.artikel wawancara dengan bapa mangsa pembunuhan kejam yang berlaku di Malaysia beberapa detik yang lalu dan kes ini masih dalam siasatan.Jazimin bapa kepada adik Nurin yang mati di bunuh itu meluahkan isi hati yang terbuku terhadap musibah yang menimpa dia sekeluarga.

Kata saudara Jazimin “jika saya ada kuasa,saya minta jangan di hukum terus pembunuh tersebut.pembunuh tersebut patut di hukum sama seperti apa yang dilakukannya terhadap arwah.dia perlu diseksa.biar dia tahu macam mana seksanya arwah,begitulah pembunuh itu patut rasa”.lagi sambungnya,tapi saya tidak boleh lakukan apa2 sebab kita undung2.biarlah undang yang tentukan hukuman yang patut diterima pembunuh arwah,biar penjenayah itu rasa bagaimana seksanya sebelum digantung.

Dari kata2 beliau saya terfikir betapa tidak mengerti kita terhadap dunia sekarang.Apa yang kita rasa teradap naluri kita sama dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambanya.tapi kita ketepikan undang2 Allah dan memberi laluan kepada undang2 ciptaan manusia.Allah telah menetapkan undang2 terhadap hambanya yang membuat kerosakan dan jenayah dimuka bumi seperi hukum hudud,qisas dan ta’zir.

Dari kes yang berlaku terhadap saudara jazimin,islam telah menetapkan hukum qisas.pastinya pembunuh itu akan dilakukan seperti apa yang telah dilakukannya terhadap mangsa.Ini bertepatan dengan naluri saudara Jazimin.Tapi sebaliknya berlaku,beliau terpaksa redha dengan hukuman ciptaan manusia yang akhir2 ini banyak dikritik kerana lemahnya undang2 dari menyekat jenayah semakin merebak,hatta kes pengamal undang2 pun melanggar apa yang ditetapkan.

Mengapa kita tidak laksanakan hukuman yang mulia tersebut,hukuman yang datang dari tuhan pencipta segala makhluk,Dia lebih mengetahui apa yang hambanya perlu.

Kesimpulannya aku rasa tidak perlu dijelaskan lagi,semuanya telah jelas dan kita semua telah maklum,isu ini telah diperbahaskan banyak di Negara kita.Hasilnya masih lagi tersimpul tanpa ada rungkaian oleh pihak yang bertanggungjawab.Tepuk dada tanya iman.Pilihanraya semakin hampir,tentukan pilihan yang bijak.Anda mampu mengubahnya.

Monday, December 31, 2007

Selamat Tahun Baru



Wish U all







HAPPY

NEW

YEAR

2008!!!!!!





12 month of HAPPINESS
52 weeks of FUN
365 days of SUCCESS
8760 hours of HEALTH
525600 minutes of LUCK
31536000 second of JOY

Apa Nak Jadi Dengan MEREKA???







Tidak lama dahulu ahli-ahli arkeologi telah menjumpai sebiji batu (tablet) zaman Assyria.Pada batu itu tercatat tulisan kuno yang berbunyi "Dunia semakin rosak ,terdapat banyak tanda-tanda yang menunjukkan dunia hampir kiamat.Rasuah sudah menjadi perkara biasa".Ia di percayai ditulis pada tahun 2800 sebelum masihi.
Lebih 2000 tahun kemudian,ahli falsafah Yunani,Socretos pula mengeluh:"kanak-kanak semakin kurang ajar….mereka tidak lagi berdiri ketika orang yang lebih tua masuk ke bilik,melawan cakap ibu bapa,makan dengan gelojoh,duduk bersilang kaki dan berkasar dengan guru mereka"
Plato,pemikir terkenal Yunani yang juga murid kepada Socretos,dalam salah satu kelasnya pernah bertanya kepada muridnya,"apakah yang sedang berlaku kepada golongan muda kita?Mereka tidak lagi hormat kepada kedua ibu bapa .Mereka melanggar undang-undang,merusuh dan melanggar yang bukan-bukan.Nilai moral dalam diri mereka semakin teruk.Apakah akan jadi kepada anak kita nanti????

Sunday, December 9, 2007

11 PESANAN DARI LUQMANULHAKIM
Suatu ketika Luqmanulhakim berpesan kepada anak-anaknya......

1.Wahai anakku,ketahuilah,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,ramai yang telah karam di dalamnya.jika engkau ingin selamat,layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAQWA,isi nya adalah IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah...

2.Wahai anakku,orang yang berasa rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah,maka dia itu orang yang tawaduk,lebih dekat kepada Allah dan selalu menghindarkan diri dari maksiat.

3.Wahai anakku,seandainya ibu-bapa mu marah kepada mu kerana kesilapan yang dilakukan mu,maka marahnya ibu-bapa mu kepada mu itu bagaikan baja untuk tanam-tanaman.

4.Wahai anakku,ketahuilah,memindahkan batu-batu besar dari tempatnya itu lebih mudah dari mengajar orang yang tidak mahu di ajar.

5.Wahai anakku,apabila engkau mempunyai dua pilihan,menziarahi orang mati atau menghadari kenduri perkahwinan.Pilihlah muenziarahi orang mati kerana kerana ia akan mengingatkan mu kepada kampung akhirat,sedangkan menghadari kenduri perkahwinan hanya mengingatkan mu kepada kesenangan duniawi semata-mata.

6.Wahai anakku,janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan sahaja sesuatu makanan kerana pahitnya,kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

7.Wahai anakku,bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak pernah mengamalkanya,kerana ia tidak ubah seperti orang mencari kayu bakar,tetapi setelah banyak dia tidak mampu untuk memikulnya,padahal dia masih mahu mengumpulkannya.

8.Wahai anakku,bila mana kamu mahu mencari kawan sejati,maka ujilah dulu dengan berpura-pura membuat di marah.Jika dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan mu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.Jika tidak demikian maka berhati-hati lah.

9.Wahai anakku,jika engkau berteman maka tempatlah diri musebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu daripada mu.

10.Wahai anakku,bergaul rapatlah dengan ornag yang alim lagi berilmu.Perhatilah kata-kata nasihatnya kerana sejuklah hati ini mendengar nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya,bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

11.Wahai anakku,ambilah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,nafkahkanlah selebihnya sebagai bekalanmu di akhirat.Janganlah engkay tending dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti kamu akan jadi pengemis yang akan membebankan orang lain.sebaliknya janganlah engkau peluk dunia iniserta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Minta maaf banyak2 la kat kwn yang menjenguk uda di sini,nampak nya buat masa sekarang uda sibuk sikit,maklumlah budak baru masuk kuliah.Banyak subjek yang uda tak faham dan perlu di beri tumpuan yang lebih,study pn kena kuat la sampai tak sempat nk tebas rumput2 yang semakin memanjang...