Thursday, January 24, 2008

Kini ia bertandang lagi

gmbr dr atas bumbung rumah

Gmbr seorang kawan



Hari ni manjadi sejarah dalam hidup aku,seribu kenangan tercipta di bumi Syria ini.Pertama kali melihat salji turun di depan mata,rasa seronok tidak dapat digambarkan,rasa bertuah diri dapat hidup dan belajar disini.Bukan sahaja ilmu yang banyak juga pengalaman lain yang begitu berharga dikutip tentunya pengalaman sebegini tiada di tanah air.

Salji “bertandang” dengan lebatnya di pagi hari ini setelah tiga tahun ia menghilang dari bumi Damascus.Tahun terakhir salji turun disini ialah pada tahun 2004,tahun ini sekali lagi ia turun.Begitulah kelazimannya di bumi Damascus ini,ia turun beberapa tahun sekali.

Aku di kira sebagai orang bertuah kerana musim sejuk pertama yang aku rasai terus dapat merasai salji turun di depan rumah.Pada kebiasaanya kami disini akan pergi bermain salji di Bouldan tempat yang setiap kali musim sejuk pasti salji turun disana.

Rasa syukur terus dipanjat kepada tuhan kerana memberi peluang untuk aku merasai nikmat yang diberikan olehNya.Bukan semua orang boleh hidup disini,tentunya tuhan telah memilih aku untuk hidup disini merasai kehidupan dalam masyarakat arab Syria bersama kawan2 lain.

2 comments:

hakim dirani said...

Baguslah ia bertandang. tapi, jangan sampai kerana seronok sejuk sampai ponteng kelas. eh! awak cuti kan sekarang.

banggugar said...

salam,

salji turun...
alhamdulillah..
(",)