Monday, April 7, 2008

Visa

Bertuahnya pelajar asing yang belajar di Malaysia, segala urusan untuk dapatkan visa amat mudah dan dapat secepat mungkin.

Ini kerana kerajan Malaysia mengalu-alukan kedatangan pelajar asing.

Untuk kawan-kawan ditanah air yang ada niat untuk sambung belajar di Syria ni, aku syorkan untuk kalian berlatih bersabar dulu dalam banyak hal, jangan cepat marah ( nanti cepat tua ), petua ni amat bagus.Bukan apa.Takut kalian tak mampu nak hadapinya.

Aku baru di beritakan oleh senior kuliah aku, merangkap pegawai sukarelawan jawazat ( bertauliah la kot ) yang aku tak dapat muwafaqah untuk dapatkan visa pelajar.

Rasa nak termuntah dengar berita ni.Apa tidaknya, berpenat lelah aku ke sana sini untuk urusan visa tapi apa yang aku dengar aku tak dapat muwafaqah dan perlu keluar seketika dari Syria ni.

Untuk keluar ke Negara jiran, aku perlu bajetkan duit aku, semestinya family aku perlu masukkan duit lebih bulan ni.Kesian mereka…..

Aku bertanya senior-senior aku yang lain.Ramai diantara mereka kata: Tak payah keluar lah.Tinggal haram pun tak apa kat sini, Cuma perlu berpantang sikit.

Aku tak puas hati….

Aku jumpa pegawai di bahagian visa tempat aku belajar,tanya tentang perkembangan aku ni.Katanya: " tak payah keluar,kalau perlu keluar nanti aku bagitahu".

Aku?Tersepit macam anjing.Sapa yang nak jadi kerbau tolong lepaskan aku ni…..

Contoh

Orang Melayu terkenal dengan sopan santun berbudi bahasa, amalan ini amat bagus dan digalakkan dalam masyarakat.Malah ia juga turut di kempen oleh kerajaan." Budi bahasa budaya kita".

Orang yang berbudi akan disenangi, mudah bergaul.Sebaliknya bagi mereka yang berakhlak buruk akan dikeji dan selalunya berkawan dengan orang seperti dia.

Contoh bagi akhlak baik adalah mempelawa orang makan bersama ketika mana kita sedang makan.

Perkara ini selalu terjadi dan selalunya orang yang dipelawa itu akan menolak secara sopan dengan berkata: "terima kasih".Kecuali kalau perut dia pun sedang nyanyi lagu Hindustan.

Pernah sekali aku dipelawa makan oleh kawan ketika aku baru sampai ke rumah, lalu aku dengan semangatnya berkata: "boleh jugak" . sebab aku pun sedang lapar.

Lalu aku terus ke dapur untuk menyantap hidangan yang ada, aku buka periuk, nampak kosong, aku buka kuali, nampak kosong.

Sah lah bahawa ini adab berbudi bahasa orang melayu. Bagusnya……Dalam hati....

Apabila kapal terbang naiki kapal terbang

Hari ni aku serta ahli bait lain menerima seorang kawan baru yang baru sampai dari Malaysia, dia akan tinggal bersama kami ( jadi ahli bait kami la ).

Selepas kami mengambil dia dari rumah kawan ( singgah sebentar ) datang ke rumah kami, dia kemas sedikit barang-barang yang dia ada, lalu dia keluarkan sedikit ole-ole dari Malaysia sebagai ubat rindu pada kami disini.

Nak tahu apa dia? Agak-agak apa ek? Eemmm….sedikit makanan kueh yang boleh dibawa naiki kapal terbang la ( kueh kapal terbang ) popular di utara tanah air.Amat berbunga hati dapat merasa makanan dari Malaysia yang di rindui.Walaupun tak banyak tapi cukup la…….

" kena bayar mahal ni, sebab dua kapal terbang " kata seorang kawan…


Kata Awfa : Malaysia sentiasa di hati.

Thursday, April 3, 2008

Wednesday, February 20, 2008

Pewaris maha kejam








Pernah saya membaca sebuah cerita tentang keganasan dan kekejamam
yang berlaku suatu ketika dahulu,nak tahu ceritanya,lanjutkan pembacaan anda.Bermula dari
akibat enggan menyembah patung,keluarga Maccabees telah dijatuhi hukuman mati oleh maharaja kerajaan Syria,Antiochus Ephiphanes.Hukumannya anak sulung bersama Maccabees yang bernama Maccabeus dibogelkan,dibaringkan atas pelantar seksaan,dibelasah sehingga nyawa-nyawa ikan.
Kemudian Maccabeus diikat pada sebuah roda dan diikat batu besar pada kedua-dua belah kakinya hingga segala tulang,otot serta urat-uratnya terlerai.Seterusnya dilemparkan dalam api.Semasa Maccabeus menggelupur kesakitan,dia dikeluarkan dari api tersebut dan dipotong lidahnya,dibaringkan diatas kuali dan dinyalakan api dibawahnya.hinggalah lelaki itu mati dalam keadaan terpanggang.
Anak keduanya pula dirantai,digantung,kulitnya dilayat dari kepala hingga ke lutut,seterusnya dilempar sebagai makanan harimau bintang.Machir anak ketiga Maccabees,diikat pada seketul batu bulat,digolek-golekkan sehingga tulang-temulangnya patah berderai,kulit kepala dan mukanya disiat-siat,lidahnya dipotong dan dimasak diatas kuali besar sehingga mati.
Judus anak keempat,lidahnya dipotong,diikta pada roda dan dicambuk sehingga mati.Achas anak kelima,dihenyak dengan batu sampai mati.Areth anak keenam diikat pada tiang dalam keadaan kaki diatas kepala dibawah dan dinyalakan api tidak jauh darinya.Sewaktu areth menjerit-jerit kepanasan,lidahnya dipotong dan lelaki itu dipanggang atas kuali besar.
Jacob anak ketujuh,tangannya dipotong,lidah dihentap sampai putus dan dimasak atas kuali besar.Salamona,siibu pula telah ditelanjangkan,disebat sehingga separuh mati,buah dadanya dipotong,seperti anak-anaknya,Salamona mati diatas kuali besar…Peristiwa ini berlaku pada abad pertama sebelum Masihi.
Biarpun peristiwa kejam ini tidak berlau lagi sekarang,tapi saki-bakinya masih ada lagi seperti di teluk Guantunamo,Iraq,Bosnia,Afghanistan…