Saturday, October 27, 2007

Kuliah dah mula

“Salam….Kullu a’min wa antum bikhair.”Inilah serangkap ucapan yang selalu meniti di bibir pensyarah2 diawal sesi kelas yang baru je bermula.Salam ucapan sejahtera ini membuatkan aku seperti masih terpinga2 lagi,biar betul aku dah mula pengajian kat negara arab yang penuh barakah ini!!!!! Tapi inilah kenyataannya,kuliah aku dah bermula seminggu yang lepas…Alhamdulillah aku di terima masuk kuliah dakwah di mujamma’ sheikh ahmad kiftaro,setelah melalui dua kali ujian kemasukan iaitu ujian lisan dan bertulis.Ujiannya boleh tahan gak susah ngan soalan-soalan yang aku tak pernah belajar pun ada gak.Terpaksalah aku tinggalkan ………….faham-fahamje la ek,tapi yang lebih mencabarnya lagi,koata untuk rakyat malaysia diterima masuk di kuliah ni seciput je tapi yang datang untuk tasjil aku rasa berpuluh orang.Aku dah rasa macam tak ada peluang untuk bersaing dengan abang-abang yang dah lama sampai kat sini dan tentunya lebih expert dari aku.Dengan berkat doa dari kawan-kawan dan ibu-bapa kat tanah air nama aku tersenarai dalam golongan maqbulin….alhamdulillah….
Sekarang dengan semangat yang berkobar-kobar aku hadir di kelas,malkumlah masih awal tahun lagi,hehehe…yang lebih bersemangat tu sebab aku ingin cepat menguasai bahasa arab,rasa cemburu pun ada bila kawan-kawan dah dapat cakap arab lancar berbanding aku yang masih tersekat-sekat.
Cakap pasal pengalaman belajar ngan orang yang datang dari pelbagai negara ni tentulah seronok,macam-macam orang dapat kita kenal,ada dari afrika,negara barat,asia dan orang arab sendiri.kalo time pensyarah tak ada tu kira macam-macam bahasa boleh dengar,yang paling senyap budak-budak Malaysia la,kira baik la tak buat bising hehehe….
Inilah kelebihan berada di luar negara,mungkin tak dapat kita rasa kalo tak berkesempatan belajar di sini. Aku bersyukur dengan peluang yang dapat aku rasai. Semoga aku sentiasa di beri semangat dan kesihatan yang cukup sepanjang berada di sini untuk menimba ilmu sebagai bekalan bila balik tanah air nanti.

2 comments:

Achik_Sufi said...

salam...
ape cite...

banggugar said...

salam,

hang dok pi ka hang dok umah saja

hehehe
(",)