Monday, December 31, 2007

Selamat Tahun Baru



Wish U all







HAPPY

NEW

YEAR

2008!!!!!!





12 month of HAPPINESS
52 weeks of FUN
365 days of SUCCESS
8760 hours of HEALTH
525600 minutes of LUCK
31536000 second of JOY

Apa Nak Jadi Dengan MEREKA???







Tidak lama dahulu ahli-ahli arkeologi telah menjumpai sebiji batu (tablet) zaman Assyria.Pada batu itu tercatat tulisan kuno yang berbunyi "Dunia semakin rosak ,terdapat banyak tanda-tanda yang menunjukkan dunia hampir kiamat.Rasuah sudah menjadi perkara biasa".Ia di percayai ditulis pada tahun 2800 sebelum masihi.
Lebih 2000 tahun kemudian,ahli falsafah Yunani,Socretos pula mengeluh:"kanak-kanak semakin kurang ajar….mereka tidak lagi berdiri ketika orang yang lebih tua masuk ke bilik,melawan cakap ibu bapa,makan dengan gelojoh,duduk bersilang kaki dan berkasar dengan guru mereka"
Plato,pemikir terkenal Yunani yang juga murid kepada Socretos,dalam salah satu kelasnya pernah bertanya kepada muridnya,"apakah yang sedang berlaku kepada golongan muda kita?Mereka tidak lagi hormat kepada kedua ibu bapa .Mereka melanggar undang-undang,merusuh dan melanggar yang bukan-bukan.Nilai moral dalam diri mereka semakin teruk.Apakah akan jadi kepada anak kita nanti????

Sunday, December 9, 2007

11 PESANAN DARI LUQMANULHAKIM
Suatu ketika Luqmanulhakim berpesan kepada anak-anaknya......

1.Wahai anakku,ketahuilah,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,ramai yang telah karam di dalamnya.jika engkau ingin selamat,layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAQWA,isi nya adalah IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah...

2.Wahai anakku,orang yang berasa rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah,maka dia itu orang yang tawaduk,lebih dekat kepada Allah dan selalu menghindarkan diri dari maksiat.

3.Wahai anakku,seandainya ibu-bapa mu marah kepada mu kerana kesilapan yang dilakukan mu,maka marahnya ibu-bapa mu kepada mu itu bagaikan baja untuk tanam-tanaman.

4.Wahai anakku,ketahuilah,memindahkan batu-batu besar dari tempatnya itu lebih mudah dari mengajar orang yang tidak mahu di ajar.

5.Wahai anakku,apabila engkau mempunyai dua pilihan,menziarahi orang mati atau menghadari kenduri perkahwinan.Pilihlah muenziarahi orang mati kerana kerana ia akan mengingatkan mu kepada kampung akhirat,sedangkan menghadari kenduri perkahwinan hanya mengingatkan mu kepada kesenangan duniawi semata-mata.

6.Wahai anakku,janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan sahaja sesuatu makanan kerana pahitnya,kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

7.Wahai anakku,bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak pernah mengamalkanya,kerana ia tidak ubah seperti orang mencari kayu bakar,tetapi setelah banyak dia tidak mampu untuk memikulnya,padahal dia masih mahu mengumpulkannya.

8.Wahai anakku,bila mana kamu mahu mencari kawan sejati,maka ujilah dulu dengan berpura-pura membuat di marah.Jika dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan mu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.Jika tidak demikian maka berhati-hati lah.

9.Wahai anakku,jika engkau berteman maka tempatlah diri musebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu daripada mu.

10.Wahai anakku,bergaul rapatlah dengan ornag yang alim lagi berilmu.Perhatilah kata-kata nasihatnya kerana sejuklah hati ini mendengar nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya,bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

11.Wahai anakku,ambilah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,nafkahkanlah selebihnya sebagai bekalanmu di akhirat.Janganlah engkay tending dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti kamu akan jadi pengemis yang akan membebankan orang lain.sebaliknya janganlah engkau peluk dunia iniserta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Minta maaf banyak2 la kat kwn yang menjenguk uda di sini,nampak nya buat masa sekarang uda sibuk sikit,maklumlah budak baru masuk kuliah.Banyak subjek yang uda tak faham dan perlu di beri tumpuan yang lebih,study pn kena kuat la sampai tak sempat nk tebas rumput2 yang semakin memanjang...

Saturday, October 27, 2007

Kuliah dah mula

“Salam….Kullu a’min wa antum bikhair.”Inilah serangkap ucapan yang selalu meniti di bibir pensyarah2 diawal sesi kelas yang baru je bermula.Salam ucapan sejahtera ini membuatkan aku seperti masih terpinga2 lagi,biar betul aku dah mula pengajian kat negara arab yang penuh barakah ini!!!!! Tapi inilah kenyataannya,kuliah aku dah bermula seminggu yang lepas…Alhamdulillah aku di terima masuk kuliah dakwah di mujamma’ sheikh ahmad kiftaro,setelah melalui dua kali ujian kemasukan iaitu ujian lisan dan bertulis.Ujiannya boleh tahan gak susah ngan soalan-soalan yang aku tak pernah belajar pun ada gak.Terpaksalah aku tinggalkan ………….faham-fahamje la ek,tapi yang lebih mencabarnya lagi,koata untuk rakyat malaysia diterima masuk di kuliah ni seciput je tapi yang datang untuk tasjil aku rasa berpuluh orang.Aku dah rasa macam tak ada peluang untuk bersaing dengan abang-abang yang dah lama sampai kat sini dan tentunya lebih expert dari aku.Dengan berkat doa dari kawan-kawan dan ibu-bapa kat tanah air nama aku tersenarai dalam golongan maqbulin….alhamdulillah….
Sekarang dengan semangat yang berkobar-kobar aku hadir di kelas,malkumlah masih awal tahun lagi,hehehe…yang lebih bersemangat tu sebab aku ingin cepat menguasai bahasa arab,rasa cemburu pun ada bila kawan-kawan dah dapat cakap arab lancar berbanding aku yang masih tersekat-sekat.
Cakap pasal pengalaman belajar ngan orang yang datang dari pelbagai negara ni tentulah seronok,macam-macam orang dapat kita kenal,ada dari afrika,negara barat,asia dan orang arab sendiri.kalo time pensyarah tak ada tu kira macam-macam bahasa boleh dengar,yang paling senyap budak-budak Malaysia la,kira baik la tak buat bising hehehe….
Inilah kelebihan berada di luar negara,mungkin tak dapat kita rasa kalo tak berkesempatan belajar di sini. Aku bersyukur dengan peluang yang dapat aku rasai. Semoga aku sentiasa di beri semangat dan kesihatan yang cukup sepanjang berada di sini untuk menimba ilmu sebagai bekalan bila balik tanah air nanti.